[:] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
[:] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
[:] Di Bawah adalah diantara hak-hak isteri yang perlu dituntut selepas di ceraikan..
##Pertama : memberi nafkah 'iddah selama isteri tidak nusyuz atau meninggal dunia atau pun isteri itu berkahwin semula,
##Kedua : memberi mutaah dgn sempurna seperti mana yg telah diputuskan
##Ketiga : memberi tempat kediaman baginya dimana dia biasa tinggal semasa berkahwin dengan suami sehinggalah tamat 'iddah, tempoh penjagaan anak telah tamat, jika bekas isteri berkahwin semula atau bekas isteri itu melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka atau fahisyah.
[:] Sekiranya suami tidak mahu atau pun enggan membayar nafkah iddah, mutaah & nafkah anak2 suami akan mendapat dosa krn tidak melaksanakan perintah Allah SWT. Suami kena jawab di hadapan Allah SWT krn keenggannya melaksanakan kewajipannya sebagai suami & bapa kepada anak2nya. Buat pengatahuan anda Mahkamah Syariah di Malaysia tak ada kuasa mengarahkan polis menagkap suami & dimasukkan ke dlm penjara krn ingkar arahan mahkamah syariah. Oleh itu banyakkan bersabar & berdoa kepada Allah SWT semoga Allah mempermudahkan urusan isteri dan dibantu oleh ahli keluarga isteri sendiri.
[:] Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.
[:] Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment