CARA-CARA MEMBUAT KEK COKLAT KUKUS YANG SEDAP..!!!


Assalmualaikum uolsss.. Sis nak share resepi kek pula, uolsss kena cuba, sedap tau, rugu kalau tak cuba..

Jom kita mulakan..



Bahan-Bahan yang diperlukan untuk Kek Coklat Kukus sedap [sukatan mengikut cawan ]

[1] 1 cawan serbuk koko

[2] 1 cawan gula pasir

[3] 1 cawan susu cair

[4] 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan

[5] 1/2 cawan susu pekat manis

[6] 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek

[7] 1 sudu baking powder

[8] 1 sudu soda bikarbonat

[9] 4 biji telur

[10] 1 sudu esen vanilla

Cara-cara membuatnya pula :

[1] Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk / kuali.

[2] Masak atas api sampai larut. Pastikan api dlm kecik supaya ia larut dgn sekata.

[3] Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.

[4] Pukul telur sampai kembang. Masukkan campuran yang pertama tadi ke dalam adunan telur.

[5] Kemudian masukkan sikit2 campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder & soda bikarbonat. Kacau sampai sebati & pastiakn tidak berketul-ketul.

[6] Panaskan pengukus & pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yg mengandungi adunan kek coklat.

[7] Sapukan marjerin pada loyang. Ingat..!! Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek.

[8] Kukus kek selama 1 jam.

Cara-cara & bahan-bahan untuk Topping Kek Coklat Kukus sedap pula : 

Bahan-bahannya : 

[1] 1 cawan susu pekat manis

[2] 1 sudu makan serbuk koko

[3] 2 sudu mentega

Cara-caranya :

[1] Masukkan semua bahan ke dlm kuali / periuk & Kacau perlahan sehingga larut.

[2] Angkat selepas cairan coklat dah mendidih.

[3] Biarkan sejuk sebentar sblm tuang atas kek coklat kukus tadi.

Siapppp...!!! Selamat Mencuba uolsss..!!

P/S : Jangan lupa share pada kawan2 uolsss..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment