Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Terdapat hadis yang sahih menyatakan bahawa di dalam riwayat al-Bukhari disebutkan hadis ini:
إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى »
Maksudnya : "Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah SAW
dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke
arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)".
Maka di dalam hadis sahih daripada Sahih Bukhari ini, Nabi SAW menyebut 'ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA' semasa hendak wafat dan bukanlah ummati! ummati!
Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit
kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment