Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Membaca Al Quran sambil berdiri, sambil duduk, sambil bersujud, dan sambil berbaring, semuanya boleh. (untuk ayat-ayat al-Quran yang kita hafal). Berdasarkan firman Allah Ta’ala:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ
“(yaitu) orang-orang yang berzikir sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring..” (Surah. Al Imran ayat 191)
Dan juga firman-Nya:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan salat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring” (Surah. An Nisa: 103)
Ini merupakan bagian dari nikmat Allah Ta’ala dan kemudahan dari-Nya. Kerana Al Qur’an adalah zikir yang paling agung, sehingga (berdasarkan ayat tadi) membacanya sambil berbaring boleh saja.
Jika kita mmbaca al-Quran dgn melihat mushaf maka cara yg beradab adalah dgn berwuduk, dlm keadaan duduk dan menghadap kiblat. Membaca dengan tartil dan bertajwid dan membaca terjemahannya sekali.
Sumber : Ustaz Azman
0 comments:
Post a Comment