RESEPI MUDAH AYAM GORENG SAMBAL KICAP KETUK-KETUK


RESEPI MUDAH AYAM GORENG SAMBAL KICAP KETUK-KETUK

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • #● 500 gram ayam – dipotong sederhana
  • #● 2 biji bawang besar – dipotong bulat
  • #● 1 sudu besar sos ikan/sos sotong
  • #● 1 sudu besar sos tiram
  • #● 2 sudu besar gula perang
  • #● Garam halus secukupnya
  • #● Kicap manis secukupnya
  • #● 1 cawan air


Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • #● 15 biji cili merah – dibuang biji
  • #● 10 biji cili padi warna hijau
  • #● 5 biji cili padi warna merah
  • #● 2 biji bawang besar
  • #● Air 1 cawan


Cara-cara memasak :

  • #● Basuh ayam, buang lemak dan kulitnya. Perap 2 minit dengan tepung gandum dan sedikit cuka bagi menghilangkan bau hanyir ayam. Kemudian basuh bersih dan toskan.
  • #● Selepas itu gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kalau suka boleh tambahkan sedikit serbuk kari ayam.
  • #● Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Goreng ayam tadi sehingga masak isi dalamnya, tetapi jangan terlampau garing. Ketepikan.
  • #● Gunakan kuali yang sama atau kuali lain untuk menumis. Gunakan minyak gorengan ayam tadi. Kalau guna kuali yang sama, tinggalkan minyak secukupnya di dalam kuali untuk menumis.
  • #● Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan garing. Masukkan sos kicap, sos tiram, gula merah, garam, dan air. Kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih.
  • #● Setelah merasa kuah sambal menepati citarasa (sedap), masukkan ayam goreng tadi. Kaup balikkan sehingga bergaul rata. Perlahankan api dan biarkan di atas dapur selama 5 minit.
  • #● Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Kacau seketika, kemudian tutup api.
  • #● Hidangkan bersama nasi panas. Pasti membuka selera.


Selamat mencuba uolsss..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment