RESEPI PUDING KARAMEL KETUK-KETUK RAMADAN


RESEPI PUDING KARAMEL KETUK-KETUK RAMADAN

#Bahan-Bahan yang diperlukan untuk gula karamel: :


  • [^^] 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
  • [^^] 3 sudu besar air


#Bahan-bahan untuk puding:


  • [^^] 5 biji telur, saiz B
  • [^^] 1 tin susu cair
  • [^^] 150ml air
  • [^^] 1/4 cawan gula
  • [^^] 1 sudu kecil esen vanila


#Cara-cara utk membuatnya :


  • [~] Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan
  • [~] Kemudian kacau sekata.
  • [~] Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.


#Cara-cara untuk buat puding karamel:


  • [~] Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. 
  • [~] Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
  • [~] Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. 
  • [~] Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
  • [~] Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. 
  • [~] Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
  • [~] Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.

Selamat Mencuba uolsss..!!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment