SUBHANALLAH..!! Ini Antara Tanda-Tanda Taubat Seseorang Di Terima Allah SWT. [ Mesti Baca..!! ]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Terdapat 7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah :

#1. Selepas bertaubat, seseorng itu akan mnjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Surah Taha, ayat 82)

#2. hati seseorang itu selalu merasa takut kpd Allah SWT, tidak pernah berpisah dengan-Nya siang dan malam sehingga ia mendengar malaik@t berbicara pada ketika mencabut nyawanya seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepadamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)

#3. Selalu menyesal kepada Allah SWT, penyesalan yg datangnya dari lubuk hati, menghadap Allah SWT dgn rasa malu, takut & hina.

#4. Merasa & menyedari buruknya perbuatan dosa & bahayanya.

Imam Ibn Qayyim memaparkan bahayanya perbuatan dosa dalam kitabnya Ad-Da’ wa Ad-Dawa’ dan al-Fawa’id.

Ant@ra bahayanya ialah menyempitkan hati, wajah menjadi suram, urusan menjadi sulit, malas beribadat, dibenci oleh ramai manusia, badan menjadi lemah, terbiasa melakukan perbuatan dosa, hilangnya rasa malu, berkurangnya nikmat hidup, hidup sengsara, mati su’ul khatimah dan mendapat seksa di akhirat.

#5. Menjauhi dan meninggalkan kawan2 yg berperangai buruk kerna seseorang akan selalu mengikuti kebiasaan temannya. Allah SWT mengingatkan akibat berkawan dgn mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan Allah ingin menerima taubatmu, sedangkan orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran).” (Surah an-Nisa’, ayat 27)

Oleh itu berhati2lah dgn kawan2 yg berperangai buruk, berpalinglah dari mrk & ikutilah selalu jalan org soleh. Ibn Atha’illah berkata: “Jgnlah kamu berteman dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah.”

#6. Tidak menganggap remeh walaupun dosa2 kecil seperti melihat perempuan yg bukan mahram & bersalaman dgnnya. Bilal bin Sa’ad berkata: “Jangan kamu melihat kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi lihatlah pada besarnya yang kamu langgar perintah-Nya.”

#7. Melenyapkan segala sesuatu yg mnjadi sbb berlakunya maksiat seperti majalah lucah dan sebagainya. Jika tanda2 itu ada dlm diri seseorng, Insya Allah taubat seseorng itu diterima Allah SWT.

Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.

Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment