Boleh seorang itu mengantikn puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia..?


[#] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

[#] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[#] Menurut mazhab Syafie, Maliki & Hanafi; puasa org yg telah meninggal dunia sebenarnya tidak boleh diganti oleh org lain. Namun puasa mereka cukp dignti dgn membayar fidyah. Iaitu dgn memberikan mkn fakir miskin seorang sehari puasa yg ditinggalkannya.

[#] Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa meninggal dan padanya ada puasa Ramadan yang telah ditinggalkan maka hendaklah diberi makan atas namanya sehari seorang miskin (fidyah)" (Hadis Riwayat Tarmizi daripada Ibnu Umar) 

[#] Seandainya warisnya mengetahui bahawa orng tuanya ataupun bapanya ada berniat puasa nazar maka warisnya hendaklah menggantikannya dgn berpuasa sesuai dgn yg dinazarkan. Ini sesuai dgn hadis Rasulullah SAW yg bermaksud: "Apabila sakit seorang lelaki dalam bulan Ramadan kemudian ia meninggal dunia, padahal ia tidak berpuasa maka ia harus membayar fidyah (memberi makan orang miskin seorang sehari atas namanya). Tiada qada atasnya. Dan jika puasa nazar hendaklah diqahakan oleh wali atau warisnya". (Hadis Riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas)

[#] Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.

[#] Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam

Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment