Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Yang kita tahu dari segi perubatan moden, penyakit Histeria itu sebenarnya adalah penyakit mental di sebabkan tidak berkemampuan seseorang itu untuk menghadapi tekanan perasaan, kesukaran, kegelisahan, cemas dan pertentangan jiwa & batin.
Pada segi perubatan Islam pula ia adalah gangguan dari makhluk halus yg merasuk seseorang itu terutama yg lemah semangat. Kebanyak yang menghadapi semangat yang lemah ini adalah wanita, kebanyakkan mereka yang lemah semangat disebabkan tekanan jiwa, stress yang teramat sangat senang dirasuk berbanding mereka yg kuat semangat. Kaum lelaki kadang juga terkena histeria tapi sangat jarang sangat kita dengar.
Doa ini saya dari Ustaz Sharhan Shafie dalam rancangan "Tanya Ustaz" utk diamalkan oleh mereka yg lemah semangat bagi memantapkan dan menguatkan jiwa dari gangguan makhluk halus. Dan sebaiknya doa ini di amalkan kaum wanita yang lemah semangat, lebih2 lagu yang tinggal di tempat yang ada bermasalah. maksudnya tempat yang "keras".
Contohnya di rumah sewa yg berhantu ataupun rumah yang telah dibina diatas bekas kubur lama atau sebangainya.
Yang lemah semangat sebaiknya amalkan doa ini setiap kali selepas solat.
Maksudnya :
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment