Hukum Bermain Kutu. [ Baca Dan Sebarkan Untuk Pengatahuan Bersama..!! ]



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

[:] Segala puji bagi Allah, al-Malik Al-Haqq, Al-Mubin, yang memberikan kita iman dan keyakinan. Ya Allah, limpahkan shalawat pada pemimpin kami Muhammad, penutup para nabi dan rasul, dan begitu pula pada keluarganya yang baik, kepada para sahabat piluhan, dan yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.

[:] Main kutu adalah hukumnya harus.Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tak. Setakat info yg diberikan & juga menurut pengetahuan sY berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya sy lihat urus aturan 'kutu' ini adlh harus.

[:] Ini krn sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yg terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

[:] Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yg mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya. Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan blh dipercayai, dikenali & membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan sema. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan & gharar. Cuba kita tengok zaman skrng ini, org yg nampk baik pn liat hendak membayar hutang.

[:] Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yg dipercayai dlm jumlah yg terhad & munasabah serta bertulis adlh harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

[:] Aktiviti saling mmberi pinjam dgn nilai & jumlah yg sama adalah harus. Antara hujah sy adalah seperti di bawah :

Pertama : Keharusan kaedah :-

أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yg dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sbb ianya tidak termasuk dlm pinjaman dgn faedah yg dilarang oleh Shariah. Jumlah & tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yg boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat utk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai 1 manfaat namun ia adalah manfaat yg sama kpda kedua2 pihak & bkn hanya satu pihak yg blh mmbawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan krn zalim yg berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dlm hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku krn kedua pihak mendapat jmlah, dan tempoh yg sama, cuma di waktu yg berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Berkenaan Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu. Apabila sema pihak mempunyai hak yg sama utk terpilih. Hukumnya adlh harus & tiada unsur judi di situ. Untuk pengatahuan anda, Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi utk melihat siapa dari kalangan isterinya yg akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.

Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment