Maksud Dan Cara Hendak Melakukan Sujud Syukur Yang Sebenar. [ Mesti Baca Dan Sebarkan..!! ]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, al-Malik Al-Haqq, Al-Mubin, yang memberikan kita iman dan keyakinan. Ya Allah, limpahkan shalawat pada pemimpin kami Muhammad, penutup para nabi dan rasul, dan begitu pula pada keluarganya yang baik, kepada para sahabat piluhan, dan yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.

Sujud syukur sebenarnya adalah perbuatan melakukan sujud secara spontan, iaitu ketika mendapat nikmat atau pun menerima berita yg menggembirakan kita.

Sebenarnya cara untuk mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperti sujud solat 5 waktu kita. Hanya syarat2 yg diwajibkan dlm mengerjakan solat, adalah wajib mempunyai wuduk iaitu air sembahyang, menghadap qiblat, pakaian yg bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Sujud syukur sebenarnya tidak di syaratkan utk dilakukan ditempat2 tertentu seperti masjid atau pun surau, tetapi syukur syukur boleh dilakukan disetiap tempat, asalkan bukan di tempat2 yg kotor, contohnya tandas & lain2... Tetapi ianya boleh dilakukan di tepi jalan, pasar, kebun, tempat kerja, pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dan sebenarnya sujud syukur ini tidak ada bacaan2 yg khusus ketika melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dgn mengucapkan takbir lebih terdahulu, kemudian sujud, sesudah itu bangkit dari sujud & terus memberi salam. Ada juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan.

Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua.

Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment