Assalmualaikum uolsss, kali KKR nak share petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi, buat pengatahuan uolsss, petua ni KKR dapat dari seorang pakcik ismail di kampung.. Jom cuba petua yang pakcik ismail kongsikan pada KKR..
Dibawah adalah beberapa petua yg boleh diamalkan.
Pertama :
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
Kedua :
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
Ketiga :
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
Keempat :
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Kelima :
- Makan biji buah Peria.
Keenam :
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Ketujuh :
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Kelapan :
- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
Kesembilan :
- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
Kesepuluh :
- Rebus beberapa helai daun ketum, dan amalkan minum sedikit sekali sehari
Apa yang KKR tahu, petua no 10 yang paling berkesan buat masa skrng.. Sbb di kampung KKR hampir 70% orang tua yang mengidap penyakit kencing manis dapat menurunkan tekanan darah tinggi mereka, malah ada juga yang sudah sembuh kerana petua no 10 tu..
Selamat mencuba uolsss..!!
0 comments:
Post a Comment