Rasia Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Yang Paling Sedap..!!


Rasia Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Yang Paling Sedap..!!

Assalamualaikum uolsss, yang suka makan chiken chop tu, ni KKR nak belanja uolsss resepi untuk chicken chop.. Jom kita mulakan..

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • [""] 3 potong besar ayam – di buang tulang
  • [""] 3 ulas bawang putih
  • [""] 2 sudu besar sos tiram
  • [""] 2 sudu besar sos kicap manis
  • [""] 2 sudu kecil serbul lada sulah
  • [""] 6 inc halia – di kisar halus


Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos black pepper :

  • [""] 170 gm sos lada hitam
  • [""] 1 sudu kecil sos tiram
  • [""] 2 sudu kecil sos kicap manis
  • [""] 1 sudu besar planta
  • [""] 1 sudu besar tepung jagung – di bancuh sedikit dengan air
  • [""] 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • [""] 1/2 cawan susu cair
  • [""] 1 cawan air
  • [""] garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk salutan :

  • [::] 1 biji telur grade A – di kacau
  • [::] 2 sudu besar tepung gandum
  • [::] 100 gm bread crumbs

Cara-cara membuat chicken chop black pepper sauce:

  • [::] Gaul ayam dengan bahan kisar, sos tiram, sos kicap, serbuk lada sulah dan garam. Perap selama 3 jam dalam peti sejuk.
  • [::] Lepas tu gaul ayam dengan tepung gandum.
  • [::] Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
  • [::] Celup ayam dalam telur dan salut dengan bread crumbs. Ambil satu per satu.
  • [::] Goreng ayam dengan api sederhana hingga ayam masak sekata.
Cara-cara membuat sos black pepper:


  • [::] Satukan semua bahan sos, kecuali lada hitam, tepung jagung dan garam. Kacau dengan whisk.
  • [::] Didihkan sos tadi di atas api sederhana hingga meruap dan sesekali kacau.
  • [::] Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya. Kacau terus supaya tidak bergentel.
  • [::] Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  • [::] Matikan api dan letakkan sos di atas chicken chop.

Sekianlah resepinya yang boleh KKR share hari ini.

NOTA : Jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha/dada, dan jangan juga gunakan lada kering untuk kuahnya.

Selamat mencuba uolss..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment