Assalamualaikum uolsss, yang suka makan chiken chop tu, ni KKR nak belanja uolsss resepi untuk chicken chop.. Jom kita mulakan..
Bahan-bahan buat shell cheese tart:
- [/] 170 gm marjerin
- [/] 50 gm gula aising
- [/] 290 gm tepung gandum
- [/] 1 biji telur grade C
- [/] 1 sudu kecil esen vanilla
- [/] acuan tart
Cara-cara membuat shell cheese tart:
- [\] Pukul marjerin dan gula dengan sudu kayu. Jangan putar lama sangat.
- [/] Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan sudu kayu.
- [/] Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut.
- [/] Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
- [/] Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart.
- [/] Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
- [/] Bakar dengan suhu 170 darjah selama 20-25 minit hingga masak.
- [/] Angkat dan sejukkan. Simpan crust atau shell ni dalam bekas kedap udara.
- [/] Masukkan filling blueberry ke dalam piping bag untuk memudahkan anda meletakkan ia ke dalam shell cheese tart.
- [/] Ketepikan dan kita sediakan bahan-bahan untuk membuat cheese tart.
Bahan-bahan untuk cheese tart:
- [/] 250 gm cream cheese
- [/] 50 gm gula kastor
- [/] 1 biji telur saiz B
- [/] 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuat cheese tart:
- [/] Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan ia mencapai suhu bilik.
- [/] Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- [/] Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- [/] Masukkan filling cream cheese ni ke dalam kulit tart guna piping bag. Letak penuh supaya ia membuncit.
- [/] Ambil sedikit adunan cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang di suka di atasnya. Kacau rata hingga warna bergaul sempurna.
- [/] Lorekkan pewarna tadi kepada cheese yang sudah di shell menggunakan pencungkil gigi. Buat garis kecil-kecil di bahagian tepi atau sesuaikan citarasa sendiri.
- [/] Proses ini dilakukan ketika cheese masih lembut. Jika terlalu lama nanti cheese sudah mula mengering.
- [/] Dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan lorekan bunga yang cantik.
- [/] Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah menggunakan api atas bawah.
- [/] Sentuh dengan hujung jari, jika melekat ia sudah masak, jika belum bakar lagi selama 1 minit.
- [/] Resepi cheese tart blueberry buncit dan montok sudah siap disimpan ke dalam bekas kedap udara. Letakkan ia ke dalam peti ais untuk ketahanan lebih lama. Untuk 1 adunan shell boleh buat 40 biji shell, tergantung juga besar acuan dan ketebalan yang dibuat. Anda bagi adunan cheese ke dalam 70-80 shell. Untuk kestabilan adunan, buat 2 adunan shell dan 1 adunan cheese.
Selamat mencuba dan semoga berjaya uolssss..!!
0 comments:
Post a Comment