Rasia Resepi Chocolate Vanilla Viennese Yang Enak


Assalamualaikum uolsss, Nahhh...!! KKR belanja resepi untuk biskut raya lagi..!!

Bahan untuk 20biji :

Bahan-Bahan yang diperlukan :


  • [//] 175g (3/4 cawan) unsalted butter
  • [//] 40g (3 sudu besar) gula ising
  • [//] 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • [//] 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • [//] 40g (3 sudu besar) tepung jagung
  • [//] 1 sudu besar serbuk koko


Cara-cara dan langkah2 Penyediaan:

  • [\\] Panaskan oven kepada suhu 170°C.
  • [\\] Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
  • [\\] Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  • [\\] Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
  • [\\] Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
  • [\\] Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
  • [\\] Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
  • [\\] Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba uolssss..!!

Recipe By:Che' Nom

Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment