{ Resepi Mudah Untuk Apple Strudel Muffin }


Assalamualaikum uolsss, kali ni KKR nak share resepi yang dikongsikan oleh puan salbiah binti kamal melalui email,. jom sama2 kita cuba buat

Nota : Bahan-Bahan yang diperlukan untuk Muffin (untuk 25 biji muffin) :

  • [%] 2 cawan tepung gandum#
  • [%] 1 sudu kecil baking powder#
  • [%] [%] 1/2 sudu kecil baking soda#
  • [%] Secubit garam#


Bahan-bahan yang perlu diayak bersama ada tanda #

  • [%] 1 cawan gula halus
  • [%] 1/2 cawan butter
  • [%] 2 biji telur
  • [%] 1 sudu kecil esen vanilla
  • [%] 1 1/2 cawan epal yang dipotong dadu kecil [dalam 2 biji]


Bahan-Bahan yang diperlukan untuk Crumble

  • [%] 1/3 cawan gula perang
  • [%] 2 sudu besar tepung gandum
  • [%] 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • [%] 1 sudu besar menteg


Cara & Langkah-Langkah untuk masak :

  • [^^] Panaskan oven pada suhu 200℃.
  • [^^] Sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya.
  • [^^] Satukan kesemua bahan untuk “crumble”, gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi tekstur seakan-akan serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  • [^^] Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam yang telah diayak. Ketepikan.
  • [^^] Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata menggunakan spatula.
  • [^^] Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja.
  • [^^] Sudukan ke dalam bekas-bekas muffin yang telah disediakan tadi sebanyak 3/4 penuh.
  • [^^] Tabur crumble tadi diatas setiap muffin, tekan-tekan sedikit.
  • [^^] Bakar selama 25 minit atau hingga masak.
  • [^^] Sejukkan atas jaringan sepenuhnya dan sedia untuk dimakan!


Selamat mencuba uolssss..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment