RASIA TURUN MENURUN " RESEPI PUDING PISANG GULA MERAH "


Assalamualaikum uolsss.. Di atas permintaan ramai, kali ni sis share resepi puding pisang gula merah ni.. Mudah & sedap.. Uolsss boleh cuba di rumah.. Ok.. Jom kita mulakan..

Bahan-bahan yang diperlukan terbahagi pada dua :

Bahan yang pertama : 

  • 1 bungkus serbuk agar2 putih
  • 150gram gula Melaka - diracik halus
  • 50gram gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 700 ml santan
  • sedikit garam [ secukup rasa ]
  • Pisang tanduk - dikukus & dibentukkan bunga. [ Terpulang nak buat atau tak ]


Bahan yang kedua : 

  • 1/2 bungkus serbuk agar2 putih
  • 250 ml air
  • 100gram gula Melaka - di cincang halus
  • 50gram gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul


Cara-caranya menyediakan :

1] Sediakan acuan puding bentuk bulat Boleh juga gunakan plastik keras. Buat bentuk bulat. Alas dasanya dgn kertas aluminium & ketepikan.

2] Masak agar2, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan & secubit garam dari bahan 1 hingga mendidih & agar2 larut sepenuhnya. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.

3] Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian - sejukkan Aturkan hirisan pisang di dinding acuan - ketepikan.

4] Masak agar2, air, gula Melaka, gula pasir & daun pandan, dari bahan dua hingga mendidih. Angkat & tuangkan ke dalam acuan hingga 2/3 bahagian. Sejukkan.

5] Tuangkan lebihan adunan pertama keatas agar2.Sejukkan Simpan dlm peti sejuk utk rasa yg dingin.

Dah siap..!! Mudahkan..? Selamat mencuba uolsss..!! Jangan lupa share tau..!!


Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment