CARA-CARA MENYEDIAKAN KERABU MAVELES SEAFOOD ALA THAI


Assalamualaikum uolsss.. hari ni sis nak share resepi yang lain dari yang lain, iaitu "KERABU MAVELES SEAFOOD ALA THAI" rugi tau kalau uolsss tak cuba.. hehe..

Ok.. Mula mesti la kene sediakan bahan-bahannya dulu, kalau tak macam mana nak masak kan.. hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • [;] 1 kilo Kerang - masak smpi kerang terbuka, terus keluarkan, tapis & rendam dlm air ais. Separuh dikupas isi, separuh buang sebelah kulitnya.
  • [;]  1/2 kilo udang [kupas kulit] dan 1/2 kilo sotong [buang kulit] dihiris kecil, rebus seketika, tos & rendam dalam air ais.
  • [;]  Toskan kesemua bahan hingga hilang air.

P/S: Jangan masak lama sangat nanti keras jadinya..

  • [;] 10 ulas bawang putih 
  • [;]  10 biji cilipadi [ikut tahap kepedasan uolsss]
  • [;]  2 biji tomato
  • [;]  Suku cawan air belacan
  • [;]  Suku cawan air perahan limau nipis [kulit pakai sekali]
  • [;]  Suku cawan sos ikan
  • [;]  Suku cawan cuka
  • [;]  Suku cawan gula
  • [;]  Suku cawan air asam jawa
  • [;]  garam secukup rasa


Cara-caranya pula mudah sangat :


  • [;]  Tumbuk kasar bawang putih & cili & gaulkan dgn kesemua bahan yang lain.. 
  • [;]  Potong besar-besar tomota .
  • [;]  Campurkan kesemua bahan & masukkan sekali ke dalam kerang, sotong dan udang.
  • [;]  Masak dengan api sederhana


Dah siap..!! Mudahkan..? Anak2 & suami pasti suka kalau uolsss masak utk mereka menu ni.. Apa pun selamat Mencuba..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment