[SOALAN :]
.
Assalamualaikum ustaz.. Saya nak bertanya tentang nikah gantung.. Apa itu makna sebenar nikah gantung yang sebenarnya..? Ada ke nikah gantung itu tercatat dalam agama Islam..? Dan boleh ke orang yang nikah gantung ni duduk sebungbung..? Mohon pencerahan ustaz..
[JAWAPAN :]
.
Waalaikumsalam tuan.. Nikah gantung sebenarnya ialah 1 keadaan yg mana sepasang lelaki & perempuan dinikahkan mengikut segala syarat2 nikah dlm Islam, tetapi ditangguhkan utk tinggal bersama sebelum hari persandingan.
.
.
Dan nikah gantung sebenarnya adalah adat Melayu sahaja. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki & perempuan dinikahkan setelah mengikut syarat2 nikah yang betul, maka dengan itu terjalinlah ikatan suami isteri diantara pasangan tadi dengan setiap pihak memikul tanggungjawab & hak masing2 termasuklah tinggal serumah.
.
.
Kebiasanya isu nikah gantung ini timbul apabila permintaan orang tua di antara salah satu pihak atau pun keduanya diatas sebab2 tertentu. Sama ada pasangan itu hendak memenuhi permintaan "ELAK" dari tinggal bersama2 & "BERHUBUNGAN" tertakluk keatas budi bicara dan keredhaan empunya badan.
.
.
Di sini suka saya ingatkan pada semua bahawa Islam sebenarnya menggalakkan umatnya bernikah & tidak menyukai amalan2 yang menyukarkan pihak lelaki & pihak perempuan utk bernikah & hidup sebagai pasangan suami isteri yg halal contoh meninggikan mahar atau pun wang hantaran. apatah lagi sebenarnya amalan sedemikian tidak mempunyai maslahat yg diakui oleh syarak.
.
.
wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment