RASIA TURUN MENURUN " RESEPI KUIH NEKBAT MAKCIK YAH "



Assalamualaikum uolsss.. kali ni sis nak share resepi turun menurun dari makcik yah, resepi kuih nekbat dia memang sedap sangat2, puas pujuk minta resepi, akhirnya sis dapat juga.. Tengok la siapa yang pujuk.. hehe.. Uolsss jangan risau, makcik yah dah izinkan sis share resepi ini untuk semua.. uolsss kene cuba..!!

Sis tak nak bebel panjang lebar, letih pula uolss membaca nanti.. hehe. Jom kita mulakan..

Macam biasa la, mula2 kita kena sediakan bahannya dulu la, kalau tak macam mana buat kuih nekbat ni kan... hehe..

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk kuih nekbat makcik yah ni :

Pertama : 1 pek(bungkus) tepung beras

Kedua : 12 biji telur ayam

Ketiga : 500 gm gula

Keempat : 5 helai daun pandan

Cara-caranya pula mudah sangat2 :

Pertama : Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan sampai sejuk.

Kedua : Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Ketiga : Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dlm adunan telur sikit2.

Keempat : Tuangkan adunan tadi dalam acuan & bakar sampai kuning.

Kelima : Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk.

Keenam : Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

NOTA :
1- 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
2- Boleh gunakan acuan bahulu

Mudah kan..? Selamat Mencuba uolsss.. !

Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment