Rahsia Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese Yang Paling Muda & Sedap..!!


Assalammualaikum uolssss.. Ok.. Kali ni sis nak share resepi kek lapis kukus cream cheese yang paling mudah & seap..!! Kalau uolsss nak tahu kalau nak buat kek lapis ni memang kena rajin sebab kena bangun duduk 2 kali. Harap2 uolsss tak malas la ye, Hehehe.. Dan utk pengatahuan uolss Kalau buat kek kukus ni tak boleh guna api besar..guna api yang sederhana ajer.  Resepi ni sebenarnya kawan sis yang ajar, memang sedap, sis dah cuba buat buat, kalau tak sedap buat apa sis nak share kan.. Hehehe.. Dah, tak bebel panjang2, jom kita mulakan..

Bahan-bahan A yang diperlukan :

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum

Cara-caranya pula :

  • Pukul cream cheese tadi bersama dengan gula sampai sebati.
  • Masukkan telur, air dan tepung gandum. Pukul lagi & gaul sampai sebati.
  • Biarkan ia sebentar.

Bahan-bahan B yang diperlukan untuk kek : 

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu segar\cair [ sis guna susu cair IDEAL ]
  • 1/2 cawan minyak jagung\masak
  • 1 cawan tepung gandum#
  • 3 sudu besar sebuk koko#
  • 1 sudu kecil baking soda#
  • 1/2 sudu kecil baking powder# [ #bahan-bahan perlu diayak dulu]

Cara-cara membuatnya pula :

  • Pukul telur di dlm bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan vanilla & garam tadi.
  • Masukkan air panas, susu & minyak.
  • Lepas tu masukkan tepung gandum,baking soda, baking powder & serbuk koko yg telah diayak & gaul sampai sebati.
  • Biarkan sebentar & bahagi pada 2 bahagian.


Cara-cara memasaknya pula :

  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana aje.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Dah siap..!! Jangan lupa share pada kawan2 tau..!!

Nota : Gunakan loyang 8x8x3 untuk kek ni
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment