Rasia Resepi Kuih Lapis Pey Pey Yang Enak.


Asslamualaikum & Selamat pagi uolsss, pagi2 KKR gatal tangan nak share Resepi Kuih Lapis Pey Pey la, Buat pengatahuan uolsss, Resepi ni dah lama simpan, cuma tak share pada uolsss je lagi, pagi ni baru teringat yang KKR ada simpan resepi ni, Dari simpan, baik KKR share, hehe.. tak nak buang masa, jom kita mulakan.. hehe..

Bahan-Bahan yang diperlukan :::

  • [$] 2000 ml santan pekat [dari 2 biji kelapa parut putih]
  • [$] 1425 ml santan cair [dari perahan kedua]
  • [$] 980 gm tepung kanji
  • [$] 225 gm tepung beras
  • [$] 905 gm gula pasir
  • [$] 2 helai daun pandan
  • [$] 115 gm gula melaka
  • [$] 2 sudu makan air mawar
  • [$] sedikit pewarna hijau dan kuning
  • [$] Loyang 12″ [disapu minyak sekeliling]


Cara-cara untuk Membuatnya :::

  • [$] Gula, santan pekat dan daun pandan di masak sampai mendidih dengan api sederhana.
  • [$] Dalam bekas yang lain, gaul tepung beras, tepung kanji dan santan cair. Tuangkan santan pekat yang panas (perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit) ke dalam adunan tepung tadi sambil terus kacau hingga rata. Adunan dibahagi tiga.
  • [$] Adunan pertama diwarnakan hijau. Adunan kedua diwarnakan kuning dan dibubuh air mawar. Adunan ketiga dibubuh gula melaka, kacau sampai gula larut, kemudian tapis.
  • [$] Panaskan kukusan. Panaskan pula loyang. Kukus adunan selapis-selapis sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 senduk adunan. Kukus hingga masak.


Nota: Setiap kali sebelum dikukus, adunan hendaklah di kacau terlebih dahulu.

Selamat mencuba & berjaya uolsss, nantikan resepi dari KKR yang lain okey..
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment