Resepi Mudah " Puding Trifle "


Asslamualaikum uolsss, atas permintaan ramai, KKR share Resepi Puding Trifle.. Bahan dan cara buatnya cukup mudah, KKR tak bebel panjang2, jom kita mulakan.. hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • [**] 1 ketul swiss roll *apa2 perisa pun bole tapi pandan lg sedap
  • [**] 1 tin buah koktail *asingkan buah dan airnyer
  • [**] 1 kotak jeli segera perasa strawberry/rasberry *KKR guna brand Nona
  • [**] 1 tin susu cair
  • [**] 2 gelas air
  • [**] 6 sudu tpg kastard
  • [**] 6 sudu gula
  • [**] sedikit esen vanilla


Cara-cara membuatnya :


  • [**] Potong swiss roll dan susun dlm bekas
  • [**] Basah2 kan swiss roll dgn air koktail dan letak buah koktail sket.
  • [**] Campur semua susu cair, air, tpg kastard, gula n esen vanilla. Masak atas api yg agak sederhana.  Perlu di kacau tanpa henti utk elakkan kastard berketul.
  • [**] Bila kastard dah masak, tuangkan atas susunan swiss roll td. Letakkan lapisan koktail lg sekali.
  • [**] Masakkan jeli segera (ikut je arahan kat kotak) dan tuangkan. Tunggu sejuk dan simpan dlm peti ais.

P/S : Boleh buat dlm cup kecil2 utk mudahkan anak2 nak makan..

Selamat mencuba & berjaya uolsss, nantikan resepi dari KKR yang lain okey..
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment