Resepi Botok Botok Ketuk-Ketuk Ramadan


Resepi Botok Botok Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-Bahan yang diperlukan : ~Utk 2 bungkus

Sayur-sayuran
  • [+] Pucuk mengkudu hitam 
  • [+] Pucuk Ubi 
  • [+] Pucuk betik 
  • [+] Pucuk belinjau 
  • [+] Pucuk bebuas 
  • [+] Daun selaseh 
  • [+] Daun kunyit (Dihiris) 
  • [+] Daun pisang untuk dibuat bungkus 
  • [+] ½ ekor Ikan tenggiri (dipotong empat keeping) 


Bahan-bahan untuk rempah :

  • [x] 1 biji Kelapa parut (disangai dan digiling halus) 
  • [x] 1 biji Kelapa parut (ambil pati santan 1 mangkuk) 
  • [x] 125 gm Rempah kari ikan 
  • [x] 10 batang Serai (dikisar) 
  • [x] 2 inci Halia (dikisar) 
  • [x] 2 inci Lengkuas (dikisar) 
  • [x] 20 gm Ikan bilis kering (dikisar) 
  • [x] Sedikit air asam pekat 


Cara-cara untuk membuatnya :

  • [=] Bahan bahan yang dikisar tadi digaul rata bersama daun kunyit, rempah kari, kelapa yang dikisar, santan, air asam, garam dan perasa. 
  • [=] Pucuk pucuk daun disusun atas daun pisang dan lapiskan bersama ikan dan rempah. Bungkus daun pisang dan ikat bersama tali. 
  • [=] Boleh dikukus selama ½ jam.


Selamat mencuba uolsss..!!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment