RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH KETUK-KETUK RAMADAN


RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH KETUK-KETUK RAMADAN

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • {xx} Belimbing buluh - 500g
  • {xx} Bawang merah kecil - 7 biji
  • {xx} Bawang putih - 5 biji
  • {xx} Cili padi - 15 tangkai [letak lebih jika nak pedas]
  • {xx} Ikan bilis kopek - 1 cawan
  • {xx} Minyak utk menumis
  • {xx} Kicap lemak manis
  • {xx} Garam
  • {xx} Gula


Cara-cara untuk membuatnya :


  • {**} Basuh belimbing buluh, letak sedikit garam dan rebus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan berwarna hitam serta lembik.
  • {**} Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  • {**} Seeloknya gunakan periuk yang dah lama dan tak digunakan lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah nak dibersihkan.
  • {**} Anggaran masa rebusan adalah lebih kurang 3 jam.


Proses utk memasak sambal:


  • {""} Bawang putih, bawang merah kecil, cili padi dan ikan bilis ditumbuk kasar [boleh juga guna pengisar kering atau food processor]
  • {""} Kemudian, tumbuk sekali belimbing buluh tersebut.
  • {""} Panaskan minyak di dalam kuali.
  • {""} Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi & kacau hingga separuh masak.
  • {""} Masukkan belimbing, kacau rata hingga masak.
  • {""} Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kicap.


Selamat Mencuba uolsss..!!
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment