Doa Memohon Dipelihara Dan Dilindung Sekiranya Ada Yang Berniat Jahat Untuk Meruntuhkan Rumah Tangga Anda Dengan Sihir

Gambar Hiasan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri di panggil sihir TAFRIQ. Mereka yang menggunakan sihir ini, boleh jadi kerana sakit hati atau hasad dengki kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.

Akhir zaman ini bermacam2 jenis orang yang kita akan jumpa.. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, hanya Allah sahaja yang tahu..

Sebaiknya doa ini sama2 kita amalkan dalam kehidupan seharian kita untuk mengelak sihir tafriq, sama2 kita mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:

"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Sebaik2nya amalkan ayat di bawah ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon pada Allah supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.


Ayat Doa Yang Pertama.


Maksudnya:

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)


Ayat Doa Yang Kedua.


Maksudnya:

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)


Ayat Doa 3.


Maksudnya:

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Yakinlah wahai sahabat, segala yg berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yg berkuasa untuk menentukan sihir ini.

Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.

Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
Share on Google Plus

About Unknown

Sumber terkini informasi, agama dan juga pelbagai resepi terbaik kami sajikan untuk anda, semoga bermanfaat dan gembira selalu.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment